Nama meh penyadi jalai alun pegai menua Daerah Kecil Lingga?

11 09 2009

MongJalan-pic-10.09.09[1]Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang merayu pihak kerajaan agar menyalurkan segera peruntukan bagi membina jalan raya berturap bermula dari kawasan Kampung Sebu hingga ke Kampung Tanjung Bijat Air, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman.

Jalan sepanjang tujuh kilometer yang sedia ada sekarang menurut beliau adalah berbatu serta rosak dan secara tidak langsung menjejaskan aktiviti harian penduduk serta kakitangan kerajaan dari 35 buah rumah panjang, satu sekolah rendah dan satu klinik kesihatan dalam kawasan itu.

“Hampir 20 tahun jalan raya berbatu di sini belum diturap. Justeru saya memohon agar kerajaan dapat menyalurkan peruntukan dari pakej rangsangan ekonomi bagi tujuan membina jalan raya tar di sini,” katanya.

Mong berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Gotong-Royong Kebersihan dan Anti Denggi bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Tanjung Bijat, Lingga, Sri Aman hari ini.

Pembinaan jalan raya tar dari kawasan Kampung Sebu hingga ke Kampung Tanjung Bijat Air itu nanti kata beliau secara tidak langsung akan mempertingkatkan taraf hidup penduduk

“Ia sekaligus memudahkan penduduk atau kakitangan kerajaan di situ melaksanakan tugas harian masing-masing. Kini laluan jalan berbatu di itu masih berbatu dan berdebu yang secara tidak langsung menyukarkan hidup penduduk dari kawasan berkaitan,” katanya.

Terdahulu Mong pernah mengutarakan persoalan mengenai isu ini ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching tahun lepas.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang menjawab persoalan beliau menyatakan bahawa peruntukan untuk menaiktaraf Jalan Sri Aman, Stumbin, Bijat dan Lingga sudah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: