Daerah Kecil Pantu

Daerah Kecil Pantu

En. Robbart Sagir, Pegawai Tadbir Sarawak, Pantu

Daerah Kecil Pantu terletak dalam Bahagian Sri Aman. Dengan keluasan 492.1 km persegi, Daerah Kecil Pantu merupakan antara daerah kecil yang pesat membangun di negeri ini.

Jika ingin ke Pantu tidak begitu sukar memandangkan daerah kecil ini dihubungkan dengan kemudahan jalan raya yang baik. Daerah Kecil Pantu hanya terletak sejauh 65 km dari Sri Aman, 80 km dari Serian dan 139 km dari Bandaraya Kuching.

Daerah Kecil Pantu boleh dihubungi menggunakan pengangkutan darat seperti bas, van dan kereta dengan wujudnya jalan-jalan besar seperti Jalan Serian – Sri Aman, Jalan Lachau – Bangkong, Jalan Punggu – Kara, Jalan Bait – Selanjan dan Jalan Pantu.

Di samping itu, kawasan ini juga boleh dihubungi melalui jalan air seperti menggunakan bot terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai di kawasan pedalaman.

Pemandangan di sekitar bangunan Pejabat Daerah Kecil Pantu

Terdapat tiga buah Pekan Kecil di Daerah Kecil Pantu iaitu Pantu, Sg. Tenggang dan Krangas, di samping 107 buah rumah panjang dan dua buah kampung.

Kegiatan ekonomi utama di sini ialah pertanian. Bagi masyarakat Iban, mereka lebih cenderung dengan tanaman lada, kelapa sawit, padi, buah-buahan serta menternak ayam dan ikan. Masyarakat Cina pula terlibat dalam kegiatan komersil serta bertani dengan menanam tanaman lada, di samping menternak ayam dan ikan.

Penduduk luar yang sering datang ke sini sudah pastinya mengetahui identiti Daerah Kecil Pantu yang terkenal dengan buah durian, ikan Tapah dan udang galah.

Pembangunan

Seperti juga daerah-daerah kecil yang lain, Daerah Kecil Pantu juga menerima pelbagai projek pem-bangunan fizikal serta program untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduknya.

Lanskap yang bersih dan menarik turut menjadi agenda pembangunan di Pekan Pantu bagi memastikan pembangunan yang seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar Salah satu projek pembangunan di Daerah Kecil Pantu ialah pembinaan bangunan Pejabat Daerah Kecil Pantu yang baru. Kelihatan dalam gambar bangunan pejabat yang sudah siap dan akan digunakan pertengahan tahun 2002

Antaranya ialah;

• Bangunan Peja-bat Daerah Kecil Pantu yang baru dan dijangka dapat digunakan pada Jun 2002.

• Projek Ternakan Ayam Telur Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Pantu yang dimulakan penghujung tahun 2001.

• Projek Ternakan Ikan Rh. Randi, Lachau yang telah dimulakan sejak 2 tahun lalu, melibatkan 10 buah kolam yang diternak dengan pelbagai jenis ikan.

• Projek Tanaman Buah-Buahan di Rapak yang melibatkan tanah seluas 200 ekar yang ditanam dengan tanaman buah-buahan seperti nangka madu dan rambutan. Setakat ini, telah memberi pulangan kepada peserta selepas dua musim.

• Projek Pemban-gunan Tanah (Kelapa Sawit) SALCRA dan Syarikat Swasta di Jaong.

Dengan lokasinya yang dekat dengan bandar-bandar utama di bahagian selatan Sara-wak, Daerah Kecil Pantu mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai pengeluar produk pertanian, bukan sahaja keluaran pertanian segar malah produk yang siap diproses.

——-

Statistik Daerah Kecil Pantu

Keluasan 492.1 km persegi

Kedudukan 65 km dari Sri Aman, 80 km dari Serian,

139 km dari Kuching

Populasi 8,370 orang (tahun 2000)

Komposisi Penduduk Iban (90%), Cina (9.5%) dan Lain-lain (0.5%)

Identiti Terkenal dengan buah durian, ikan Tapah dan

udang galah

Kemudahan Asas Jalan raya, bekalan air, elektrik, telefon, Klinik/

Pusat Kesihatan, Sekolah Rendah (7 buah) dan Tadika

Agensi Kerajaan Pejabat Daerah Kecil Pantu (Pusat Pentadbiran),

Balai Polis (Balai Polis – Pantu, Pondok Polis – Krangas

Gayau dan Sg. Tenggang), Jabatan Pertanian,

Persatuan Peladang Kawasan (PPK), Klinik/

Pusat Kesihatan, Majlis Daerah Sri Aman,

Lembaga Pembekalan Letrik Sarawak (SeSCO),

Jabatan Kerja Raya dan SALCRA

MP/ADUN YB Mong Anak Dagang (N.22 Bukit Begunan)

YB Jimmy Donald (P.176 Sri Aman)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: